Wednesday, October 28, 2009

membangun jiwa- emosi dan rohani
Bermacam -macam kaedah..tapi sebagai orang Islam maka kaedah yang terbaik ialah mendekatkan diri dengan tuhan. Kita perlu usaha untuk meningkatkan iman dan mujahadatunnafsu (melawan hawa nafsu). Dari peringkat iman taqlid naikkan ke iman ilmu, ayan, hak dan seterusnya. Begitu juga nafsu kita...dari nafsu amarah tingkatkan hingga sampai ke nafsu lawamah, mulhamah....sekurang-kurangnya ke nafsu mutmainnah iaitu nafsu yang ada pada orang yang memiliki iman ayan.

Buah ilmu---amal
buah amal---iman
buah iman---takwa
Orang bertakwa ialah orang yang memiliki segala-galanya.

Nak membentuk emosi dan rohani ni, yang saya sebut jiwa pertama sekali kena belajar. Ilmu fardhu ain mesti lepas. Bab taharah, sembahyang, puasa dsg kena tahu. Sedih juga masyarakat kita ni...pelajar sekolah menengah ramai lagi yang tak reti mandi wajib, tak tau fukun sembahyang dsg. Nak belajar kena ada guru yang baik. Setelah ada ilmu maka kita beramal...sehingga amalan kita sebati. Hasilnya kita akan ada keyakinan yang kuat pada tuhan. Timbul keimanan dan rasa takwa kita. barulah dapat miliki sifat-sifat mahmudah dan hindarkan sifat-sifat mazmumah. Berikut di senaraikan sifat mahmudah dan mazmumah:
1. Ego dan sombong
2. penakut
3. hasad dengki
4. pemarah
5. kedekut
6. gila dunia
7. tidak ikhlas
8. gila puji
9. gila pangkat
10.tak bersyukur
11. tidak sabar dan banyak lagi
12. suka cari salah orang
13. susah nak minta maaf
14. tamak
15. degil
16. perasan diri baik..ini banyak berlaku pada ahli ibadah dan orang yang ada kump.
17. pandang hina pada orang lain
18. pemalas
19. suka menipu

Manakala sifat mahmudah pula antaranya:
1. sabar
2. mudah memaafkan
3. rasa rendah diri
4. berani
5. pemurah
6. bersyukur
7. tidak degil
8. rajin dan tekun berusaha
9. rasa diri berdosa
10. tidak tamak
11. jujur
12. ikhlas

Bila sudah ada iman yang kuat dan rasa takwa maka dia akan cuba jadikan setiap kerja dan amal ibadahnya untuk tuhan yang disayanginya. Dia cuba jadikan segalanya ibadah iaitu dengan mengikut 5 syarat yang sepatutnya. Bila dalam diri telah ada iman maka kerjanya ikhlas kerana tuhannya. Orang begini akan buat kerja dengan bersungguh-sungguh. Kalau kita buat kerja untuk boss atau raja kita cuba yang terbaik... kerja yang dibuat untuk raja segala raja mesti di buat dengan amat baik... maka biasanya akan dapat hasil yang luarbiasa.

Masalahnya orang tak nak beragama. Takut diperalatkkan kalau jadi baik. Agama tak suruh kita jadi lurus bendul. Kita disuruh berfikir, berhati-hati...contohnya ada hadis kata..jika datang orang fasik membawa khabar berita maka periksa dulu dan banyak lagi.

Bangun jiwa kita maka kita rasa ketenangan hati dan memiliki akhlak yang baik.



Seterusnya yang nak kita bangunkan dalam diri individu adalah inteleknya...ilmu dan pengalaman.

No comments:

Post a Comment